Quantcast
Channel: Faculty of Built Environment and Surveying
Viewing all 1153 articles
Browse latest View live

Tahniah kepada Prof. Dr. Mazlan bin Hashim

$
0
0

Tahniah kepada Prof. Dr. Mazlan bin Hashim di atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas A (VK5) berkuatkuasa pada 15 September 2020.


Tahniah untuk Program Sarjana Muda Ukur Bahan

$
0
0

Program Sarjana Muda Ukur Bahan dengan Kepujian telah menerima akreditasi penuh untuk tempoh 5 tahun dari Lembaga Akreditasi Ukur Bahan. Ini amat bersesuaian dengan visi fakulti untuk menjadi fakulti pilihan bagi pendidikan dan pembangunan profesional di dalam bidang alam bina. Tahniah!

Tahniah kepada Dr. Robiah Suratman, Dr. Salfarina Samsudin dan PM Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof di atas pelantikan oleh Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor.

Tahniah kepada Kumpulan Penyelidikan Research Group of Urban Design and Environmental (UDE), FABU

$
0
0

13 Oktober 2020 – Kumpulan Penyelidikan Research Group of Urban Design and Environmental (UDE), Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM telah menerima geran industri bernilai RM20,040 daripada pihak Infinity FM Sdn. Bhd. bagi menjalankan kajian penyediaan strategi perancangan dan pembangunan konsep Smart City untuk pihak Forest City, Johor. Satu Majlis Penyerahan Surat Pelantikan (LoA) telah diadakan di pejabat Infinity FM Sdn. Bhd, Sunway Iskandar, Iskandar Puteri. Penyerahan dokumen tersebut telah disampaikan oleh Encik Zul Azhan Abu Bakar, Pengarah Teknikal bersama En. Ahmad Farid Mat Misiah selaku Pengurus Projek kepada Dr. Noor Aimran Samsudin yang dilantik sebagai Ketua Penyelidik.

Tahniah diatas perlantikan sebagai Profesor Adjung

Tahniah kepada Dr. Shazmin Shareena Ab Azis di atas pelantikan sebagai Pensyarah Tamu

Tahniah Prof. Madya Dr. Maimunah Sapri

$
0
0

Tahniah Prof. Madya Dr. Maimunah Sapri di atas pelantikan sebagai Pengerusi, Bahagian Pengurusan Perniagaan, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM

Tahniah Prof. Madya Dr. Nur Emma Mustafa di atas pelantikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.


Tahniah Sr Dr. Noorsidi Aizuddin di atas pelantikan di MaGICX Sdn. Bhd.

Congratulation to Assoc. Prof. Sr Dr. Zakaria Mohd Yusof on successfully receiving the training funds from the State Government of Sarawak amounting RM 97,000.00

Tahniah Prof. Madya Dr. Muhammad Zaly Shah di atas pelantikan oleh Kerajaan Negeri Johor

Tahniah kepada Sr Dr. Uznir Ujang di atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Industri Antarabangsa

Tahniah kepada Prof. Madya Dr. Muhammad Zulkarnain Abdul Rahman di atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya Gred DS54

Congratulations Dr. Zafira Nadia binti Maaz on receiving Commendable Award for the Young Achiever of the Year 2020

$
0
0

Congratulations Dr. Zafira Nadia binti Maaz, Senior Lecturer (Quantity Surveying & Construction), on receiving Commendable Award for the Young Achiever of the Year 2020 category from the Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS) South East Asia (SEA) Award 2020 for her significant contribution in revolutionising the quantity surveying profession and practice through Big Data.

Tahniah kepada Prof. Dr. Ismail Said dan Dr. Lee Yoke Lai dari Program Senibina Landskap di atas perlantikan oleh Universitas Sebelas Maret

$
0
0
Tahniah kepada Prof. Dr. Ismail Said dan Dr. Lee Yoke Lai dari Program Senibina Landskap di atas perlantikan oleh Universitas Sebelas Maret.
Untuk maklumat lanjut, layari https://io.uns.ac.id/

Tahniah Dato’ Prof. TPr Dr. Ahmad Nazri Muhammad Ludin

$
0
0

Tahniah Dato’ Prof. TPr Dr. Ahmad Nazri Muhammad Ludin di atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Rayuan Negeri Johor.

Tahniah kepada Sr Dr. Othman Zainon, Pensyarah Kanan (Geoinformasi)

$
0
0

Tahniah kepada Sr Dr. Othman Zainon, Pensyarah Kanan (Geoinformasi) diatas pelantikan sebagai Ahli Kumpulan Sokongan Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke-21 oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UTM.

Majlis Anugerah Kecemerlangan FABU 2020

$
0
0

 

FULL VIDEO >>>> https://fb.watch/2mqC4iuGDD/

Tahniah kepada Ts Dr Zuhra Junaida Mohamad Husny Hamid

$
0
0

Tahniah kepada Ts Dr Zuhra Junaida Mohamad Husny Hamid di atas pendaftaran dan pengiktirafan sebagai Teknologis Professional oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

UTM-Lazada Malaysia Kerjasama Tingkatkan Kebolehpasaran Graduan

$
0
0

Satu Surat Cara telah ditandatangani antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan Lazada Group Malaysia bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU).

Surat Cara berkenaan telah ditandatangani oleh Dekan FABU, Prof. Dr. Hishamuddin Mohd Ali yang mewakili UTM manakala Lazada telah diwakili oleh Pengurus Hal Ehwal Kerajaan dan Polisinya, Afiz Redzuan.

Prof. Hishamuddin yang ditemui selepas majlis menandatangani surat cara berkenaan berkata kerjasama ini akan merangkumi beberapa program seperti insentif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan.

“PENJANA adalah inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menjana semula aktiviti- aktiviti ekonomi negara akibat kesan daripada pandemik COVID-19.

“Melalui program kerjasama ini, beberapa tenaga pengajar dari UTM, Lazada dan industri akan menggembleng tenaga dalam membangunkan sukatan pengajaran untuk mempersiapkan graduan UTM agar mempunyai kemahiran tembahan selain yang dipelajari di bilik kuliah,” katanya lagi.

Antara program- program yang bakal dijalankan ialah e-perdagangan, pengurusan produk, analitikal data, e-logistik, keusahawanan digital dan pengurusan sains data.

“Melalui inisiatif PENJANA Kementerian Pengajian Tinggi (PENJANA-KPT), bakal graduan termasuk yang telah bergraduat juga akan mengikuti beberapa program latihan untuk mempertingkatkan kemahiran serta berpeluang untuk mendapat penempatan pekerjaan setelah berjaya menamatkan program tersebut,” katanya.

Kerjasama bersama pihak Lazada merangkumi program khas kebolehpasaran graduan di peringkat sijil dan diploma eksekutif.

“Selain memberikan faedah kepada graduan UTM, program ini juga bakal dibuka pada orang awam yang memerlukan kemahiran tambahan yang berkaitan,” ujar Prof. Hishamuddin lagi.

Sementara Afiq Redzuan pula berpendapat Lazada ialah sebuah syarikat yang sentiasa menyokong universiti- universiti awam dalam membantu para graduan meningkatkan daya kemahiran terutama yang diperlukan di pihak industri.

“Program-program yang bakal dilancarkan pada tahun 2021 ini tidak hanya akan memberi faedah kepada graduan-graduan dan orang awam malah pihak Lazada juga turut menawarkan kerjasama dalam bentuk geran penyelidikan kepada penyelidik-penyelidik UTM terutama dalam bidang keusahawanan, pengurusan data serta e-perdagangan.

Kerjasama UTM-Lazada ini juga turut mensasarkan kelompok B40 dalam usaha untuk membangunkan tahap ekonomi yang selari dengan usaha kerajaan dalam menjadi negara berpendapatan tinggi,” katanya lagi.

UTM berharap agar kerjasama ini akan sentiasa berterusan terutama dalam menyuntik kemahiran yang lebih berdaya saing kepada graduan-graduan.

Viewing all 1153 articles
Browse latest View live