Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) telah bermurah hati untuk mengagihkan sumbangan secara one-off kepada pelajar Geoinformasi yang berada di kampus semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Seramai 58 pelajar yang terdiri daripada 32 pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik) dan 26 pelajar Sarjana Muda Geoinformatik menerima sumbangan sebanyak RM 200 seorang yang dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing. Secara keseluruhan, LJT telah menyumbang sebanyak RM10,600 kepada semua pelajar berkenaan. Satu majlis simbolik penyerahan replika cek sumbangan tersebut telah diadakan pada 30 April 2020 di perkarangan Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM. Majlis tersebut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Pembangunan, UTM, Pengarah Geoinformasi serta pelajar.
Sumbangan Lembaga Jurukur Tanah Kepada Pelajar Geoinformasi Semasa PKP
Ucapan Terima Kasih pada Mantan Dekan Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Haji Ahmad
Tahniah Prof. Hj. Sr. Dr. Hishamuddin Mohd Ali atas lantikan sebagai Dekan FABU
Tahniah kepada Prof. Sr Dr. Hishamuddin Mohd Ali di atas perlantikan sebagai Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur berkuatkuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2023.
Majlis Serah Tugas Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur
Majlis serah tugas oleh mantan dekan Prof. Ts. Dr. Mohd Hamdan Ahmad kepada dekan baharu Prof. Sr. Dr. Hishamuddin Mohd Ali telah diadakan pada 1 Jun 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat 1, FABU dengan turut disertai pengurusan fakulti dan wakil staf. Majlis ringkas ini telah diadakan dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Congratulations to AP Dr. Alice Sabrina Ismail on her appointment as the Director (Architecture).
Congratulations to AP Dr. Alice Sabrina Ismail on her appointment as the Director (Architecture). Thank you to the former Director (Architecture), Dr. Abdul Halim Hussein.
Bengkel Beban Tugas Staf Akademik Pengajaran Staf Akademik FABU
Bengkel Beban Tugas Staf Akademik (BTSA) Pengajaran Staf Akademik FABU telah diadakan pada 23 Jun 2020 bertempat di Dewan Konvensyen, B12 FABU.
Bengkel Pemantapan Trek Pengajaran FABU 2020
Bengkel Pemantapan Trek Pengajaran FABU 2020 telah diadakan di Dewan Konvensyen Fakulti Alam Bina dan Ukur pada 8-9 Julai 2020. Bengkel ini adalah anjuran bersama FABU dan Pusat Kepimpinan Akademik UTM (UTMLead). Dr. Norliza binti Mohd Isa (JK Trek Pengajaran FABU), Ir Dr. Istas Fahurrazi Nusyirwan (IOBE Administrator) dan Prof. Madya Dr. Nihra Haruzuan Mohamad Said (Pengurus IT, UTMLead) telah memberi tunjuk ajar kepada Pensyarah FABU berkenaan Pemantapan Trek Pengajaran.
Kunjungan Rasmi Dekan Fabu ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
Pihak Fakulti Alam Bina dan Ukur ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), kementerian Kewangan Malaysia yang di ketuai oleh YBrs. Sr Haji A’zmi bin Abdul Latif, Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta yang telah sudi menerima kunjungan hormat dari YBrs. Profesor Sr Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur yang diiringi oleh Sr Dr. Mohd Nadzri bin Jaafar, Pengarah Harta Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur pada 10 Julai 2020.
Intipati perbincangan ketika kunjungan hormat ini antara lain meliputi jemputan perlantikan sebagai Profesor Adjung, memperbaharui Memorandum of Understanding (MoU) antara kedua-dua organisasi, perlaksanaan program khas di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), serta program khas separuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda kepada pegawai-pegawai JPPH, dan latihan kepada staf akademik muda FABU di INSPEN.
Perlantikan staf akademik FABU sebagai Ahli Lembaga Malaysia GBC (Malaysia Green Building Council) – Cawangan Selatan
Perlantikan staf akademik FABU sebagai Ahli Lembaga Malaysia GBC (Malaysia Green Building Council) – Cawangan Selatan adalah seiring dengan misi FABU ke arah bersinergi bersama rakan industri, badan profesional dan alumni.
Tahniah kepada TPr. Dr. Gobi Krishna di atas perlantikan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
Tahniah kepada TPr. Dr. Gobi Krishna di atas perlantikan oleh PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa).
PLANMalaysia bertanggungjawab bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna di Malaysia di tiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan.
Tahniah kepada Prof. Madya TPr. Dr. Hairul Nizam bin Ismail di atas perlantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Perancangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (LPPWPKL)
Majlis Amanat Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur
Majlis Amanat Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Sr. Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali pada 19 Julai 2020.
Tahniah kepada Sr Dr. Fara Diva Mustapa (Pensyarah Kanan – Ukur Bahan) dan Sr Dr. Tan Liat Choon (Pensyarah Kanan – Geoinformasi) di atas perlantikan oleh Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia
Tahniah kepada Sr Dr. Fara Diva Mustapa (Pensyarah Kanan – Ukur Bahan) dan Sr Dr. Tan Liat Choon (Pensyarah Kanan – Geoinformasi) di atas perlantikan oleh Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia – Cawangan Johor bagi sesi 2020/2021.
Institusi ini ditubuhkan sejak 1961 dan mendapat status diRaja oleh Sultan Selangor pada 2011, terdiri daripada empat bidang berkaitan iaitu Ukur Tanah dan Geomatik, Ukur Bahan, Ukur Hartanah, dan Ukur Bangunan.
Lawatan Akreditasi Sarjana Muda Ukur Bahan di FABU
Lawatan Akreditasi Sarjana Muda Ukur Bahan di FABU telah diadakan pada 20 Julai 2020 yang lepas untuk meninjau ruang dan fasiliti pembelajaran sekitar FABU.
Majlis Perasmian Galeri KALAM oleh Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur
Majlis Perasmian Galeri KALAM oleh Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Sr Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali di Pusat KALAM Aras 3, Blok B12 FABU.
Congratulations FABUlous Alumni
Mr. Mohamad Syahmi Seliman, Director of MSS Design & Build Sdn Bhd received the Industry Leadership Award (Interior Design), Malaysia Entrepreneur & Industry Personality Award 2020. He is the alumni of BSc. (Construction) (2013) and MSc. Construction Contract Management (2016).
Salam Takziah buat Allahyarham En. Razani bin AB Rahim
Fakulti Alam Bina dan Ukur telah kehilangan seorang staf akademik saudara En. Razani bin AB Rahim (Pensyarah Kanan Harta Tanah). Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.
Congratulations to Dr. Robiah binti Suratman – Senior Lecturer (Real Estate) on her appointment as the External Expert Committee Member
International recognition to be proud of. Congratulations to Dr. Robiah binti Suratman – Senior Lecturer (Real Estate) on her appointment as the External Expert Committee Member by Department of Lands, Ministry of Development, Brunei Darussalam.
Bengkel Mobile Asset Mapping For Tenaga Nasional Berhad
Kumpulan Penyelidikan Geospatial Imaging dan Information, TropicalMap dan Makmal Penyelidikan 3D GIS FABU UTM dengan kerjasama Photo Laser Grammetry Sdn Bhd telah menganjurkan Bengkel Mobile Asset Mapping For Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 10 hingga 13 Ogos 2020 yang lepas bertempat di Makmal GIS & Kartografi 2, FABU. Bengkel ini juga telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zulkepli bin Majid, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan dan Alumni) dan Prof. Madya Dr. Zulkarnaini bin Mat Amin, Pengarah Geoinformasi.
FABUlous Talk 2020 & Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan FABU
Program FABUlous Talk 2020 yang bertemakan ‘Good Values’ oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM, Prof. Ts Dr. Mohd Hamdan bin Haji Ahmad dan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat FABU pada 18 Ogos 2020.