Satu Taklimat Pencegahan Kebakaran telah diadakan di Bilik Seminar, FABU pada 20 Mac 2019 dan taklimat ini telah disampaikan oleh pihak FPC Pusat Pencegahan Kebakaran Malaysia, Ms. Jelina Dennis.
Taklimat Pencegahan Kebakaran
Taklimat Differentiated Career Pathway (DCP)
Taklimat DIfferentiated Career Pathway (DCP) kepada Staf Akademik FABU telah diadakan di Fakulti Alam Bina dan Ukur pada 20 Mac 2019 bertempat di Dewan Konvensyen B12, FABU
Six Students From Faculty Of Built Environment And Surveying, UTM Won PAM-ZSR Architecture Prize 2018
Kuala Lumpur, March 8, 2019 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Architecture students and their advisors from the Faculty of Built Environment and Surveying have made outstanding achievements at the PAM-ZSR Architecture Prize 2018 price giving ceremony. They have won prizes from two categories namely, the B.Sc. (Arch. Program) and the Master’s (Arch. program). As for the B.Sc. (Arch. Program) category, David Nee Zhi Kang has emerged as one of the top three winners, taking home with him a certificate and RM3,000 award. His project was known as the ‘MTC Timber Gallery + Resource Centre’ and was supervised by Associate Prof. Dr. Mahmud Mohd Jusan.
For the Part 2 category, the Master’s (Arch. program), UTM team has again dominated the prizes offered by winning two of the top three winning awards. For each award, the team members secured a certificate and money worth RM5,000. In addition, six out of the seven finalists for this competition went to the UTM M.Arch. students. They were Wong Tian Ming for his project ‘Mosque as Bridge of Culture’ supervised by Ar. Samsiah Abdullah, and Rashidah Jimi Sham for her project ‘Low Energy Courtyard Training Centre’ supervised by Associate Prof. Dr. Mohd Zin Kandar. The other finalists were Lim Wen Jie for his project ‘Future Cities Farming Research Centre’ supervised by Dr. Doris Toe Hooi Chyee and Wilson Tan Zern Ee for his project ‘Visual World’ supervised by Dr. Sharifah Salwa Syed Mahdzar. To Ngew Kah Sheng, this ceremony was a rewarding experience when he became the finalist for two projects ‘Shining in the School’ supervised by Associate Prof. Dr. Mohd Zin Kandar and ‘A Self-Sustained Community Elderly Housing’ supervised by Associate Prof. Dr. Tareef Hayat Khan. All finalists took home a certificate and RM1,000 award for each of their winning project.
The prize presentation ceremony was held on March 8, 2019 in Kuala Lumpur. Congratulations to all the students and advisors.
ICW 2019 and ASEAN Super 8 Seminar
ICW 2019 and ASEAN Super 8 Seminar. Knowledge sharing session on Project Cost Estimation For ME Works in Building
Networking session dengan RISM Team dari QS, Valuation dan GLS.
Program Environmental Study pelajar tahun 2 SGHP ke Taman Negara Kukup, Johor
Program Environmental Study pelajar tahun 2 SGHP ke Taman Negara Kukup yang diketuai oleh Dr Shazmin Shareena Ab. Azis dan Dr. Mohd Shahril Abdul Rahman.
Lawatan ke FABU Sempena Program Selangkah Masuk U 2.0
Satu lawatan ke Fakulti Alam Bina dan Ukur sempena Program Selangkah Masuk U 2.0 anjuran mahasiswa/i Kelab Lambaian Masyarakat di bawah kelolaan Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor, UTM telah diadakan pada 28 Mac 2019 yang lepas bertempat di Galeri Alam Bina dan sekitar FABU.
Program Selangkah Masuk U 2.0 ini bermatlamat untuk memberikan pengalaman yang baharu kepada anak-anak yatim yang bergelar pelajar dan memberi mereka pendedahan tentang situasi sebenar apabila berada di universiti kelak.
100 Mahasiswa FABU Beroleh Ilmu Pemilikan Rumah Pertama di IM EduHome 2019
100 orang mahasiswa Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berpeluang membuka mata dan mengetahui lebih lanjut tentang cara pemilikan rumah buat kali pertama apabila mereka menyertai Program Tips Pemilikan Rumah Pertama atau dikenali sebagai IM EduHome 2019.
Program ini merupakan anjuran Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan, Malaysia Institute of Planner Southern Branch dan Persatuan Pengurusan dan Penilaian Harta Tanah (PEHARTA).
IM EduHome 2019 bertindak sebagai program motivasi untuk mendidik pelajar ke dunia nyata tentang kefahaman dan isu-isu semasa berhubung perumahan mampu milik, pasaran perumahan peranan kerajaan dalam pembangunan rumah mampu milik dan memiliki rumah pertama.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah peserta seramai 200 orang dan ianya terdiri daripada 100 orang pelajar UTM serta 100 orang peserta lagi terdiri daripada orang awam.
Program ini disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Sosial Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Cik Suhaily Abdul Hamid, diiringi oleh Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan, Puan Tazrina binti Ahmad dan Town Planner Nur Faizal bin Abdullah sebagai wakil daripada Malaysia Institute of Planner Southern Branch.
Pada masa yang sama, turut menjayakan program ini adalah Prof. Sr. Dr. Hishamuddin Ali yang merupakan Pengarah Pengurusan Perniagaan dan juga Pensyarah di Fakulti Alam Bina dan Ukur serta akhir sekali turut hadir bersama ialah Sifu Hartanah dari MUKA BUKU iaitu Dr. Azizul Azli Ahmad.
Sepanjang program ini berlangsung, para peserta memperoleh banyak informasi yang disampaikan oleh para jemputan dan antara tajuk yang dikongsikan ketika program tersebut adalah Kerangka Strategi Perumahan yang Berpacukan Pasaran yang disampaikan oleh Prof. Sr. Dr. Hishamuddin, Puan Tazrina Ahmad berkongsi mengenai Perumahan Mampu Milik oleh Kerajaan Negeri Johor,
Perancangan Pembangunan Perumahan Mampu Milik di Iskandar Malaysia oleh Town Planner Nur Faizal dan penyampaian yang paling dinanti-nantikan oleh para peserta ialah Tips Pemilikan Rumah Pertama yang dikongsikan oleh “Sifu Hartanah” iaitu Dr Azizul Azli Ahmad.
Program ini diakhiri dengan ucapan penutup daripada Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur iaitu Prof Dr. Hamdan bin Haji Ahmad sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menganjurkan program IM EduHome 2019 di UTM.
Hasil maklum balas daripada para peserta yang terlibat mereka berasa bertuah kerana terpilih dan mendapat peluang untuk menyertai program ini kerana mereka memperoleh banyak info mengenai cara pemilikan rumah buat kali pertama dan berharap agar program ini dapat dijalankan lagi dari semasa ke semasa.
Karnival Lestari Iskandar Puteri 2019 (KLIP) Sinergi MBIP dan FABU UTM
Karnival Lestari Iskandar Puteri 2019 (KLIP2019) telah dijalankan pada 12 Januari 2019, di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP).
KLIP2019 merupakan satu program untuk menyebarkan kesedaran Masyarakat Rendah Karbon atau Low Carbon Society (LCS) dalam wilayah Iskandar Malaysia khususnya kawasan MBIP.
Karnival ini dianjurkan oleh MBIP dan Persatuan Pelajar Senibina Landskap EARTH, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), melibatkan 33 orang pelajar dengan seliaan Dr Norliza Mohd Isa dari UTM dan En Safwan Shaari dari MBIP.
Program ini juga mendapat kerjasama dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Center For Engineering Education (CEE) , UTM dan pelbagai pertubuhan NGO.
Aktiviti yang dijalankan sepanjang penganjuran KLIP 2019 adalah:
•Pertandingan Fotografi dalam media sosial/GreenKnight Photo Contest
•Pertandingan Video dan Poster/Green Initiative Video and Poster Competition
•Pertandingan Compost ‘Garbage to Garden’
•Pertandingan Sculpture/ Zero Waste Hero Life Sculpture Competition
•Bengkel Permaculture-DIY Pembajaan
•Promosi ‘Zero Waste Lifestyle’ kolaborasi bersama iCycle
•Pendaftaran dan penebusan ‘barcode’ iCycle Malaysia Sdn Bhd
•Tayangan video ‘Zero Waste Lifestyle’
•Pameran
•Slot Interaktif bersama pelajar sekolah
Tahniah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam Rashidi atas perlantikan sebagai Pengarah Alumni UTM
Three Lecturers From Faculty Of Built Environment and Surveying Was Elected As Committee Members of RISM Johor Branch 2019/2020 Session
Projek UTM tiup perubahan komuniti Bandar Bukit Puchong
Kerjasama antara pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan penduduk dalam menjayakan 28 aktiviti Projek Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong dekat sini hari ini menjadi platform meniup angin perubahan dalam komuniti setempat.
Ketua Projek, Prof. Madya Dr. Gurupiah Mursib berkata, Program Pemindahan Pengetahuan Teknologi dan Anak Angkat Pangsapuri 560 itu berjaya memindahkan ilmu-ilmu bermanfaat yang memberi impak kepada penduduk pangsapuri berkenaan.
“Antara ilmu yang dikongsikan kepada komuniti di sini adalah bengkel penjagaan taman, asas hidroponik, projek pembaikan Laman Edible, bengkel asas perniagaan, pertukangan dan gunting rambut yang diperluas untuk menjana ekonomi penduduk.
“Inisiatif ini berjaya membawa perubahan kepada komuniti pangsapuri khususnya melalui pembabitan golongan peringkat akar umbi yang sekali gus menjadi pencetus program rejuvenasi komuniti,” katanya.
Program di bawah kelolaan Pensyarah Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM Skudai, Johor itu disertai seramai 60 pelajar fakulti yang turut dijadikan anak angkat penghuni pangsapuri selama empat hari program berlangsung sejak 28 Mac lalu.
Program tersebut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Institut Sultan Iskandar (ISI) UTM selaku perunding Projek Rintis Ruang Kejiranan: Projek Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong.
Mesyuarat Lembaga Pengajian Ukur Bahan
Mesyuarat Lembaga Pengajian Ukur Bahan untuk membentangkan cadangan silibus baru Program Master of Science in Construction Commercial Management yang akan bermula pada sesi 2019/2020. Turut hadir ialah Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia iaitu Prof. Dato Sr Aziz Abdullah dan Prof Sr Dr. Abd Ghani Khalid serta JK Silibus Master CCM 2.0 yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah Ukur Bahan, FABU
Lawatan Audit Anugerah Kualiti Akademik (AKA) 2018
Anugerah Kualiti Akademik (AKA) bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada Fakulti yang telah mencapai tahap pengurusan kualiti akademik yang cemerlang. AKA adalah dibawah urusetia Pusat Kualiti & Pengurusan Risiko (UTM QRiM) . Seramai 4 orang panel audit bertanggungjawab untuk meninjau dan melihat Keberkesanan Pengurusan Proses Kerja untuk AKA di FABU.
Mahasiswa UTM Santuni Warga Emas Kampung Tanjung Serindit
Seramai 40 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berpeluang menyantuni penduduk warga emas di Kampung Tanjung Serindit, Kota Tinggi apabila mereka menyertai sebuah Program Khidmat Masyarakat yang dinamakan ‘CSR Warga Emas D’Serindit’. Program ini merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan dan dianjurkan oleh Persatuan Pengurusan dan Penilaian Harta Tanah (PEHARTA) UTM dan Persatuan Mahasiswa Ukur Tanah (PEMETA) UTM dengan kerjasama pihak Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA),
Program ‘CSR Warga Emas D’Serindit’ yang berlangsung selama sehari ini bertujuan untuk melahirkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan disamping memberi sokongan moral kepada warga emas di sana. Program ini juga memberi peluang kepada para pelajar untuk merapatkan lagi hubungan dengan golongan warga emas selain membantu untuk membersihkan kawasan rumah warga-warga emas yang terpilih yang melibatkan lapan buah rumah warga emas yang berumur antara 70an hingga 90an. Pelajar yang terlibat terdiri daripada 20 orang pelajar daripada PEMETA dan 20 orang pelajar PEHARTA dan diiringi oleh Dr Shazmin Shareena Ab. Azis selaku Penasihat Persatuan PEHARTA.
Selain daripada membersihkan kawasan rumah warga emas yang terpilih, pihak KEJORA juga telah menyediakan 16 batang anak pokok kelapa mawar di mana sebuah rumah akan menanam dua batang pokok tersebut di sekitar halaman rumah mereka sebagai tanda penghargaan.Turut diberi peluang juga oleh pihak Kampung Tanjung Serindit untuk bersiar-siar melihat keindahan kampung dengan menaiki bot dan bersantai di Rumah Rakit Ikhwan yang berdekatan dengan kampung tersebut. Hasil maklum balas daripada pelajar-pelajar yang terlibat berasa bertuah kerana terpilih menyertai program ini kerana dapat memberikan bantuan dan sumbangan tenaga kepada golongan yang memerlukan dan berharap agar dapat lagi bekerjasama dengan pihak KEJORA dalam menjalankan program khidmat masyarakat pada masa akan datang.
Program ini disempurnakan oleh Pengurus Besar KEJORA, Encik Norazman Bin Othman diiringi oleh Encik Salem Bin Md Osman merangkap Pengurus Bahagian Pembangunan Sosial dan Pemajuan Desa, KEJORA. Pada masa yang sama, turut menjayakan program ini adalah Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tanjung Serindit yang terdiri daripada Tok Md Faizul Bin Md Fadhzil selaku Penghulu Mukim Tanjung Surat, Tuan Haji Kamsani Bin Abdul Rahman merangkap Ketua Kampung Tanjung Serindit, Encik Mohd Hizan Bin Joalis selaku penggerak Kampung Tanjung Serindit, dan Haji Mohd Asry Bin Kulop Abdul Raof merangkap sebagai Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur Kampung Tanjung Serindit.
Program Anak Angkat Isi & FABU UTM Berjaya Mencetus Komuniti Berdaya
Program Pemindahan Teknologi, Pengetahuan dan Anak Angkat Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong 2019 usaha bersama Institut Sultan Iskandar (ISI), Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), serta Pusat Kursus Umum dan KoKurikulum (CCSL), yang berlangsung 28 hingga 31 Mac 2019 telah berjaya menjadi pencetus komuniti berdaya; sekali gus membantu pencapaian matlamat Program Rejuvenasi Pangsapuri Bukit Puchong wawasan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Kemeriahan program pada kali ini yang berlangsung sempena cuti sekolah selama 4 hari 3 malam bermula Khamis lalu membuktikan bahawa pihak komuniti ini amat mengalu-alukan kehadiran 60 orang mahasiswa UTM sebagai anak angkat kepada 21 keluarga. Program Anak Angkat yang sokong oleh Pusat Khidmat DUN Seri Serdang ini berjaya memanafaatkan 560 isi rumah dari aktiviti khidmat komuniti yang merupakan sebahagian daripada usaha transformasi masyarakat berpendapatan rendah di sana.
Prof. Madya Dr. Gurupiah Mursib, Ketua Projek Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong dari Institut Sultan Iskandar Kuala Lumpur yang ditemui semasa Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah berkata, Program Anak Angkat yang kedua diadakan ini, terbukti sebagai satu kaedah yang sangat berkesan untuk memperkasa segenap lapisan komuniti menerusi pelbagai pengisian yang dipindahkan oleh pelajar-pelajar UTM sendiri. Kini komuniti Bukit Puchong dapat memanfaatkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang telah dikongsikan. Beliau berharap agar komuniti Bukit Puchong ini terus bersatu padu dan berdaya maju dalam memastikan kejayaan dan kelangsungan program ini demi membina kejiranan yang lebih baik.
Sebanyak 28 aktiviti dan 11 bengkel dijalankan selama 4 hari berkenaan melibatkan setiap tujuh blok kejiranan. Kesemua aktiviti dan bengkel tersebut dikawal selia oleh Ts. Dr. Syamsul Hendra Mahmud, selaku Pensyarah FABU dan Penyelia Kursus bagi pelajar UTM yang terlibat. Beliau berkata, faedah program ini adalah bersifat dua hala, yang mana bukan sahaja penduduk setempat memperoleh ilmu pengetahuan, malahan para pelajar dapat meningkatkan kemahiran generik mereka selain mendapat peluang untuk melibatkan diri secara aktif sebagai ahli jawatankuasa program. Persediaan program ini memakan masa hampir dua bulan bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan adalah meliputi 8 teras utama seperti dinyatakan di dalam Dasar Komuniti Negara 2019 yang dilancarkan oleh Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Februari lalu. Teras utama yang dimaksudkan ialah infrastruktur dan penyelenggaraan; kebersihan, alam sekitar dan kesihatan; keselamatan; pendidikan dan kemahiran; keprihatinan terhadap kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), wanita, ibu tunggal dan daif; keusahawanan dan perniagaan sosial; perkhidmatan sosial; serta sukan dan rekreasi.
Program Rejuvenasi Pangsapuri 560 Bandar Bukit Puchong mendapat pengiktirafan tarafan impak lima bintang oleh Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN) UTM; serta menjadi rujukan pembangunan perumahan kos rendah lain di MPSJ; juga rujukan kepada Program Bangsa Johor Bahagia di bawah naungan DYMM Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor.
Konvensyen Kualiti 2019
Anugerah Kualiti Akademik (AKA) 2018 – Pembentangan ‘Multidisciplinary Project’ oleh Dekan FABU, Prof. Dr. Mohd Hamdan Ahmad.
FABU UTM Kongsi Ilmu Pemanasan Global melalui Program Mitigasi Perubahan Iklim
Masyarakat sering terdedah dengan kesan pencemaran alam sekitar yang acapkali berlaku sejak kebelakangan ini. Oleh yang demikian, masyakarat harus diberi pendedahan mengenai punca yang menyebabkan pencemaran alam sekitar ini berlaku dan punca pemanasan global ini berlaku. Isu pemanasan global merupakan agenda yang perlu diketengahkan kepada masyarakat umum dan ianya tidak terhad kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja.
Pasukan Climate Change, Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia telah melaksanakan satu program Mitigasi Perubahan Iklim Libatsama Komuniti sejak tahun 2016 yang mengkhususkan kepada masyarakat khususnya kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah. Melalui gabungan pelbagai teknik pembelajaran seperti tayangan video dan permainan berasaskan punca dan kesan pemanasan global, serta kaedah untuk mengurangkan pemanasan global daripada terus berlaku, pelajar-pelajar diberi pendedahan secara hands-on kepada isu ini. Program yang dilaksanakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat Tanjung Piai, Pontian, Johor ini merupakan program ke 12 oleh pasukan Climate Change FABU UTM.
Seramai 125 orang pelajar SRK Sri Serkat dan lebih 10 orang guru terlibat dalam program ini dan dari pihak UTM diketuai oleh Sr Dr. Othman bin Zainon, 3 orang pensyarah dan 17 orang sukarelawan UTM telah menjayakan program kali ini. Majlis Penutup Program telah disempurnakan oleh Puan Zaiton bin Selamat. Guru Penolong Kanan 1 Sekolah Rendah Kebangsaan Serkat Tanjung Piai, Johor. Antara permainan yang dilaksanakan adalah padanan gambar, teka silangkata, dan permainan kitar semula. Semua permainan ini dikaitkan dengan isu semasa berkaitan pemanasan global, dan bagaimana pelajar-pelajar ini mampu menjadi agen kepada pengurangan kesan kepada pemanasan global.
Secara keseluruhan, program ini telah mencapai hasrat Pasukan Climate Change UTM yang komited dalam memberi pencerahan dan pendedahan awal mengenai perubahan iklim, astronomi dan teknologi geospatial disesuaikan dengan perkembangan semasa Malaysia.Dengan kelangsungan program ini dapat memberi impak praktikal kepada pelajar sekolah menengah khususnya dalam pembelajaran sains, teknologi, matematik, teknologi maklumat dan hubungkait fenomena alam dengan kehidupan manusia sejagat.Fenomena perubahan iklim, penggunaan teknologi semasa dan aplikasi inovasi dalam pengukuran arah kiblat, air pasang besar, gerhana matahari, supermoon yang berlaku telah diterapkan secara langsung kepada para pelajar dan komuniti setempat secara praktikal.
Program Kerjasama Antara FABU dan MCM Value Sdn. Bhd.
3 program kerjasama antara FABU dan MCM Value Sdn Bhd telah dijalankan serentak pada 2-3 April 2019 bertempat di FABU. 3 program tersebut ialah Majlis Menandatangani MoU antara FABU dan MCM Value Sdn Bhd, Syarahan Professor dan Mesyuarat Lembaga Pengajian Pasca Siswazah Ukur Bahan telah diadakan di FABU. Turut hadir ke program ini ialah Prof. Emeritus Sr. Omar Munir dan Prof. Sr Dr. Mohd Mazlan Che Mat selaku Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
Teambuilding 2019
Tempat : Hutan Rekreasi UTM
Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Tarikh : 4 April 2019
Drone Mapping with Precise GPS Control Training Workshop
Date : 1 – 3 April 2019
Venue : FABU UTM