Quantcast
Channel: Faculty of Built Environment and Surveying
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1153

𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗨𝗧𝗠 𝗙𝗔𝗦𝗔 𝟮.𝟬

$
0
0
Warga Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa FABU (PMFABU) telah melaksanakan inisiatif pengumpulan dana dan barangan bagi menyokong misi bantuan mangsa banjir UTM Fasa 2.0. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh YBrs. Dekan Fakulti Alam Bina dan Ukur, Prof. Sr Dr. Kherun Nita binti Ali, kepada Pengarah Pusat Islam UTM, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad bin Che Yaacob, pada 19 Disember 2024 (Khamis) di Masjid Sultan Ismail, UTM Johor Bahru. Antara barangan yang telah disumbangkan termasuk keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan biskut. Selain itu, sumbangan turut merangkumi kain batik, kain pelikat, tuala, dan telekung. Barangan ini akan diagihkan kepada mangsa banjir di beberapa kampung di Segamat, Johor, yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini. Pihak FABU merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga fakulti yang telah menyumbang dan menjayakan misi ini. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mangsa banjir serta menjadi inspirasi untuk usaha kebajikan yang berterusan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1153

Trending Articles